MyBuddy Q&A

MyBuddy Q&A

Postby AdyLow » Thu Jul 11, 2013 11:00 am

Apa Itu MyBuddy?
Program MyBuddy adalah salah satu keistimewaan yang disediakan oleh rakan kelab kereta MyBuddy kepada ahli berbayar mereka dimana anda boleh pergi ke mana-mana kedai yang telah berkerjasama atas program ini dengan hanya tunjukkan kad keahlian kelab anda yang ada logo B+ yang membolehkan anda beli products atau perkhidmatan dengan harga yang istimewa.

Apa Keistimewaan Saya Boleh Perolehi Dengan MyBuddy Program?
Antara keistimewaan yang anda boleh nikmati seperti: membeli barang-barang accessories atau alat-alat ganti kereta dengan harga yang lebih murah. Menikmati perkhidmatan-perkhidmatan seperti perkhidmatan cat, service air-con, cuci kereta, penjagaan kereta ( Wax & polish ) dan lain-lain dengan kadar harga yang telah discount. Bilangan kedai Co-Buddy akan bertambah berterusan ikut masa ke semasa...

Keistimewaan MyBuddy Ikut Nama Ahli Atau Ikut Kereta Yang Didaftar?
Keistimewaan MyBuddy ini bukan sahaja membolehkan anda menikmati offer atau discount ke atas kereta yang didaftar bawah kelab anda malahan ia juga menlinkungi kereta-kereta model lain di dalam keluarga anda atas nama pemegang kad ahli tersebut. Contohnya: anda bawa Alza anda ( Untuk ahli MAOC ) pergi ke salah sebuah kedai cuci kereta Co-Buddy untuk menikmati perkhidmatan cuci kereta dengan harga discount. Anda dapati perkhidmatan kedai cuci ini memang memuaskan dan ingin cadangkan adik anda yang membawa Myvi atau abang anda yang membawa BMW contohnya datang ke kedai ini untuk cuci kereta mereka, dengan member kad MAOC yang ada logo B+ ini, mereka juga boleh menikmati taraf perkhidmatan dan harga istimewa seperti anda juga!!

Bagaimana Bagi Kami Yang Tinggal Di Luar Lembah Klang Dimana Kebanyakan Co-Buddy Hanya Berada Di Kawasan Lembah Klang?
Disebabkan Program MyBuddy ini adalah berkonsep dua hala, jikalau kawasan berdekatan anda tidak ada lagi Co-Buddy, anda boleh jemput kedai-kedai yang berdekatan untuk ambil bahagian dalam program MyBuddy ini. Anda hanya perlu hantarkan cadangan anda ke pihak urusan MyBuddy di sini: enquiry@mybuddy.com.my

Bagaimana Saya Boleh Update Berita-berita Terkini Kedai-kedai Co-Buddy
Anda boleh dapat berita-berita terkini di sini: http://www.mybuddy.com.my/findShop.php
AdyLow
 
Posts: 90
Joined: Wed Apr 18, 2012 11:10 am

Return to Announcement

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron